Sunday, April 15, 2018

SALAM PERKENALAN

ASSALAMUALAIKUM !!! HAI SEMUA !!!

Apa khabar ? Sihat ke ? Makan dah ?

Ada ke kat sini yang nak kurus tanpa BERLAPAR, DIET YANG TERUK & SENAMAN ?
haaa.... TAHNIAH ! Korang dah jumpa blog yang akan ajar anda untuk turunkan berat badan tanpa perlu menyiksakan tubuh badan korang. YEAY ke YEAY2 ? >.<  Sebenarnya saya ada join program menguruskan badan sebelum ni, tapi guna produk. Mahal satu hal, lagi satu saya risaulah kat buah pinggang saya. Nak guna lama lagi, takut makan produk ni menjejaskan buah pinggang. Takut tak, takut takkk ? Pastu saya berhenti guna produk ni, saya cuba cari inisiatif lain untuk kurangkan berat badan. Cari...dan terus mencari... saya jumpa satu coach yang ajar cara kurangkan berat badan TANPA GUNA PRODUK ! Alhamdulillah syukur sangat, cara pemakanan pun tak adalah terikat sangat..hihihi..yang penting BOLEH MAKAN APA SAHAJA asalkan jaga portion dan memadailah. Janganlah balun sampai kenyang tersandar.


Ok kita pergi STEP BY STEP ok. Pelan2 kayuh gitu .



👋 BAHAGIAN  1: PORTION 🔪

1. Kenali jenis makronutrien makanan.

Dalam sistem diet yang saya kongsikan ini, anda perlu mengenalpasti jenis makronutrien makanan.

PROTEIN 🐂



Makanan daripada sumber haiwan seperti;

Ayam
Ikan
Lembu
Kambing
Burung
Telur
Dan lain-lain yang selalu disebut sebagai lauk



KARBO 🍉



Makanan yang daripada sumber bijirin dan buah. Karbo sebenarnya gula yang berbentuk kompleks
seperti :

Gula
Nasi
Mee
Bihun
Roti
Biskut
Kek
Kuih muih
Laksa
Buah
Bubur
Dan lain-lain
Selalunya kita makan dengan lauk ialah nasi


LEMAK 🍟



Dalam bentuk cecair ialah minyak, dalam bentuk pejal ialah lemak yang terdapat pada lemak haiwan, dan tumbuhan.


FIBER




Makanan dari sumber tumbuhan hijau terutamanya sayur sayuran.




Rumusan : Apa sahaja makanan bersumberkan haiwan kita anggap protein (kecuali daging proses, kita anggap sebagai karbo, sebab banyak dimasukkan karbo di dalamnya)


ayam, lembu, kambing, kerbau, ikan, burung, telur, udang, sotong, ketam, kerang, dll.


Apa sahaja makanan bersumberkan tumbuhan kita anggap karbo (kecuali sayur tak termasuk dalam portion)



nasi, roti, kek, buah, kuih, gula, air manis, mee, bihun, laksa, keuytiaw, aiskrim dll.


Setelah anda mengenali jenis jenis makronutrien ini, boleh ke langkah seterusnya.





InsyaALLAH ada sambungannya. Stay tuned ok.





KARBO MODEN ? APA TU ?

MASALAH KARBO MODEN Assalamualaikum. Sihat semua? Ok kali ni, saya nak kongsi tentang masalah karbo moden. Apa masalahnya? Masalahnya i...