NAK MAKAN APA SAJA ? KENALAH TAHU PORTION...
Ok sebelum ni saya ada kongsi tentang jenis makronutrien makanan. Ingat lagi tak? Haa jangan lupa salin dalam buku nota. Jenis makronutrien makanan dipecahkan kepada 4 iaitu lemak, protein, karbohidrat dan fibre. Kali ini saya nak kongsi tentang KENALI PORTION MAKANAN ANDA.
Sila ambil tahu PORTION makanan anda.๐ช๐ช๐ช๐ช๐ช
Perhatikan tapak tangan korang ( tanpa jari tau ) ๐
Kenalpasti saiznya, panjang, lebar dan tebal ( tanpa jari jugak)
Itu ialah saiz 1 portion korang.
Setakat ni ok ? Boleh faham ?
Rujuk gambar di bawah. Inilah saiz 1 portion.
Setiap kali korang makan, makanlah dengan sukatan 2 saiz portion itu.
RUMUSNYA =
2 portion =
1 portion karbo๐ + 1 portion protein๐ + sayur sayuran hijau = 1 meal lengkap๐๐.
Sayur amat digalakkan kalau korang betul-betul serious nak result yang TERBAIK ! Tak kisahlah jumlahnya banyak mana sekalipun, tapi kalau sayuran tu kuahnya berasa manis, kena kurangkanlah. Gula berlebihan dalam makanan antara punca berat badan susah nak diturunkan.
Bagaimana Nak Sukat Portion ???
- Sekali lagi korang agak-agak guna tapak tangan , tanpa jari , tebal dan luasnya.
- Bagi portion protein hanya ambil kira bahagian isi/dagingnya sahaja, tulang tidak diambil kira.
Contohnya ambil seketul ayam goreng nampak cukup portion, tapi kalau dibuang tulangnya, tidak cukup portion, maka ambil seketul lagi untuk cukupkan saiz portion bagi protein.
Bagi telur๐ณ, satu portion ialah sehingga 4 biji telur. Telur lain sikit, sebab kandungan proteinnya sedikit jika hendak dibandingkan dengan daging haiwan bagi kuantiti yang sama. Jadi untuk setiap hidangan, ambil minimum 2 biji telur.
Bagi makanan bergoreng pula ๐๐๐, contohnya ayam goreng, jika mempunyai salutan tepung atau serbuk roti maka tidak perlu lagi mengambil portion karbo yang lain . Salutan tepung atau serbuk roti itu sudah cukup sebagai portion karbo sebagai contohnya ayam goreng KFC. Tapi kalau ayam yang digoreng tu tanpa salutan, maka korang perlulah menambah portion karbo
Jika protein, yang ada perapan gula yang banyak, seperti sate daging atau ayam, maka sate dan sedikit kuah kacang sudah cukup portion untuk karbo dan protein. Tidak perlu lagi nasi himpit.
Jika makan daging berproses, seperti burger (daging burger) 1 portion atau kalau nak mudah, anggap sekeping tu 1 portion, maka 1 keping daging burger tu dah cukup untuk 1 portion protein dan 1 portion karbo...
DAGING PROSES BANYAK DITAMBAH TEPUNG DAN KARBOHIDRAT LAIN, JADI ANGGAPLAH 1 PORTION SEBAGAI 1P DAN 1K. Contoh daging berproses lain ialah seperti sosej, meatball, fishball, nugget, dan sebagainya.
Banyak lagi benda nak share ni, stay tuned ...
No comments:
Post a Comment