Saturday, May 19, 2018

DAGING PROSES DAN HFCS

DAGING PROSES DAN HFCS


Korang pernah dengar tak pasal daging proses dan HFCS ?

Daging proses ialah apa sahaja daging yang melalui proses pengilangan yang menambahkan pelbagai bahan bahan lain ke dalamnya, untuk meningkatkan jangka hayatnya di pasaran, menambah enak rasanya, dan menambahkan keuntungan pengeluar.




Contohnya : sosej, patty burger, nugget, fishball, meatball, daging kisar, dan sebagainya.

Ianya banyak dikaitkan dengan penyakit kanser , sakit jantung dan obesiti di dalam kajian saintifik yang dilaksanakan. Contohnya kanser perut, kanser payudara, tumor otak, leukimia terutama kanak kanak, kencing manis semasa mengandung, ketidaksuburan dan sebagainya.

Antara bahan yang boleh menyebabkan penyakit di dalamnya ialah seperti nitrat , PAHs, HCAs, dan garam berlebihan.

Daging proses juga lazimnya ditambah karbo seperti tepung. Jadi bila nak juga makan daging proses ni, 1 portion, kita anggap 1 p dan 1k. Kalau nak makan burger contohnya boleh anggap 2k dan 1p (2k sebab rotinyapun kita kira 1k)

SEELOKNYA korang makanlah daging yang natural yang tidak diproses kilang, kalau rajin buat daging burger sendiri.



Sumber : Google image


HFCS

HFCS ni apa pulak ? HFCS ialah gula buah yang di ekstrak dari jagung. Ianya ialah pemanis bagi menggantikan gula biasa. Kosnya amat murah, jadi dipilih oleh pengeluar untuk menggantikan gula biasa untuk proses makanan.



HFCS selalu dimasukkan di dalam makanan yang di proses di kilang. Bila korang membeli makanan, cuba check di bahagian maklumat nutrisinya , ada tak tertulis hfcs, high-fructose corn syrup, natural corn syrup, isolated fructose, maize, sirap jagung,  syrup, glucose/fructose syrup and tapioca syrup (dibuat dari ubi, sama je bahaya), dan lain lain. Pantang makanan tu berbungkus, dan dari kilang je, selalu je dimasukkan.

Contoh produk air tin, air kotak, apa apa air jus, apa-apa air manis, tin atau kotak, biskut, cekedis, kek, dan lain-lain. Pendek cerita, kalau berbungkus dari kilang, selalunya ada. Jadi rajin2 lah cek ye.

Utamakan karbo yang natural, seperti buah buahan, ubi ubian, kekacang, nasi putih ( brown rice lagi bagus sebab ada seratnya sekali, dan nutrien lain), dan lain lain.

Gula biasa pun merbahaya juga bila diambil berlebihan. Tapi High Fructose Corn Syrup ni lebih berbahaya. Di dalam gula putih biasa juga ada fruktose, dalam buah pun ada fruktos, tapi buah, bila dimakan secara lengkap beserta seratnya, kita akan kenyang secara automatik bila capai tahap yang sesuai untuk badan.

Kalau gula putih, 2 sudu, kita anggap 1 portion karbo, sama juga macam susu pekat manis sebab tu kalau air manis segelas kita kira 1k.

Kalau air tin, dalam 9 sudu gula,,,agak agak berapa k tu? nak minum boleh, tapi pandai2 bajet ye...



Tapi kalau korang yang betul2 amalkan timing dan portion dalam sistem kurusihat ni, insyaAllah akan hilang ketagihan gula ni.

Berbanding jus buah, yang dibuang serat, kita akan ambil berlebihan dan akan menyebabkan pelbagai penyakit, dan obesiti. Dari jagung, di ekstrak untuk diambil gulanya, yang dinamakan corn syrup, corn syrup ni penuh dengan fruktos, bila kita makan berlebihan (kerana diekstrak dari jagung yang lengkap), kita akan berisiko besar untuk mendapat pelbagai penyakit dan obesiti.

Berbanding gula putih, HFCS mempunyai lebih banyak Fruktos. Fruktos tidak di proses terus menjadi tenaga gula dalam saluran darah, seperti glukos (gula putih 40% fruktos, 60% glukos), tapi akan di proses oleh hati kita untuk terus menjadi lemak . Ini antara sebab utama ianya merbahaya jika di ambil dalam bentuk yang bukan natural.



Bila kita selalu makan HFCS ini, hati kita akan bekerja keras, dan tidak dapat melaksanakan tugasnya yang lain seperti memproses lemak untuk penghadaman,  membakar lemak, membersihkan darah, menyimpan vitamin dan mineral, simpanan gula hati, menukarkan gula hati ke gula darah untuk tenaga, kitar semula hemoglobin, insulin serta hormon badan lain, menukarkan ammonia kepada urea (amat penting untuk sistem perkumuhan), dan lain lain.

Hasil dari HFCS yang banyak kita makan juga, akan menyebabkan hati kita mendapat penyakit Hati Berlemak (Fatty Liver Disease). Bagi penagih arak, hatinya memang akan penyakit ini, tetapi bagi penagih gula pun akan kena penyakit yang sama.



Kita boleh membayangkan, sel lemak di dalam badan bertugas menyimpan tenaga lebihan menjadi lemak, serta hati bertugas memecahkan lemak dan supaya dapat menjadi tenaga gula dalam darah, dan boleh digunakan untuk kegunaan sel sel badan.

Masalah timbul bila hati kita tersumbat dengan lemak yang banyak, dan lemak lemak terus tersebar ke seluruh badan untuk disimpan di dalam lemak badan, serta menyebabkan pengerasan saluran darah, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung, strok, obesiti, darah tinggi dan lain-lain.

Ok, nanti insyaAllah saya akan update lagi ilmu untuk korang ye. Assalamualaikum... Apa-apa roger. Bye !!!





No comments:

Post a Comment

KARBO MODEN ? APA TU ?

MASALAH KARBO MODEN Assalamualaikum. Sihat semua? Ok kali ni, saya nak kongsi tentang masalah karbo moden. Apa masalahnya? Masalahnya i...