MASALAH KARBO MODEN
Assalamualaikum. Sihat semua? Ok kali ni, saya nak kongsi tentang masalah karbo moden. Apa masalahnya? Masalahnya ialah ianya terlampau diproses makanan moden tu, kita ambil contoh....
Kita tengok bentuknya yang natural, buah, tebu, beras perang, gandum dan sebagainya...
Apa yang dibuang daripada ini?
Fiber aka Serat
Fiber sebenarnya ialah kawan kepada karbo kerana karbo ialah racun bila diambil tanpa fiber.
Fiber ialah satu bahan yang menjadi pengawal kalori yang kita ambil dari karbo. Bila fiber cukup, kita akan rasa kenyang, dan kita akan berhenti makan...
Bayangkan segelas jus epal, jusnya ialah karbo, fibernya ialah hampas yang kita buang setelah kita perah jusnya keluar.
Kita mungkin kenyang dengan sebiji epal tapi dalam bentuk jus, mungkin hingga 4 biji epal baru boleh memenuhi saiz 1 gelas, dan kita mungkin nak tambah lagi 2 ke 3 cawan jus. Betul tak ?
Hampas epal yang kita buang tadi ialah FIBER, ia menjadi pengawal tenaga gula yang kita ambil dari karbo iaitu yang mengenyangkan kita. Buah diperah dan yang kita buang itu ialah fiber, yang kita ambil ialah jusnya (fructose, sejenis karbo).
Tebu, sama juga kita proses, kita cuma ambil jusnya , jadikan gula putih (sucrose, sejenis karbo, dalamnya ada glukos dan fruktos)
Gandum, kita buang fibernya, kita proses, kita haluskannya, jadi tepung. Makin halus makin menggemukkan.
Beras perang, kita buang fibernya (salutannya) jadilah beras putih. Nasi yang kita biasa makan kalau nasi biasa mungkin sepinggan menggunung.
Kalau beras perang mungkin setengah pinggan dan mendatar.
Sumber : Google Image
Rasa Kenyang
Sebenarnya kan, kita tak merasa kenyang dengan karbo yang telah diproses, lain dengan protein dan fat, dalam badan kita ada hormon natural yang dapat mengukur jumlah protein dan fat dan menyebabkan kita kenyang.
Tapi tidak bagi karbo, tak ada hormon natural yang memberi kita rasa kenyang dengan karbo, kecuali kita makan dengan fibernya ititu dalam bentuknya yang natural :
1. Ia akan menyebabkan kita kenyang cepat, kerana kandungannya
2. Ia akan mengurangkan rasa sedap karbo yang menyebabkan ketagihan, jadi kita akan makan kurang.
3. Ia akan menurunkan rembesan insulin yang merupakan hormon yang menyebabkan kita obese jika selalu naik terlampau tinggi kerana kita selalu makan karbo yang tidak natural.
4. Ia akan menyebabkan kita kurang menghadam kalori, jadi mengurangkan kalori yang kita serap.
Haaa itu dia kebaikan karbo yang ditambah fiber. Terkejut kan ? Atau lebih mudah disebut, natural carbohidrates.
Kalau korang nak makan karbo diproses pun, makan dengan saiz portion protein yang sama atau lebih besar dari saiz karbo. 1 portion korang saiz tapak tangan anda tanpa jari. Ingat tau ! Jangan buat-buat lupa. Hihihi...
Dan makan dengan sayur hijau. Sayur hijau tu fiber jugak tau...😉
Korang boleh makan dengan minyak kelapa (goreng), boleh makan dengan minyak di kuah tapi kena kawal. Boleh makan lemak haiwan, ayam, kambing, lembu dan sebagainya.
Protein dan lemak akan bantu korang kenyang, sebab ada hormon natural yang bagi korang rasa kenyang yang lebih lama dan seterusnya menjadi ubat bagi karbo yang sudah diproses dan unnatural itu.
Sekian sahaja tips saya pada hari ini. Insya Allah nanti saya share lagi ye !
No comments:
Post a Comment