Friday, May 18, 2018

RUMUSAN SISTEM KURUS SIHAT

Assalamualaikum hai semua... Sihat ? Harap-harap korang sentiasa sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. So macam mana entry sebelum ni? Ok kan? Kalau ok alhamdulillah. Ok harini saya nak buat kesimpulan bagi topik-topik sebelum ini iaitu RUMUSAN SISTEM KURUS SIHAT !





RUMUSAN SISTEM KURUS SIHAT :


1. 1 hari ada 24 jam, dibahagi kepada dua bahagian.

2. 16 jam fasting window (FW), boleh minum air kosong, kopi o kosong, teh o kosong atau minuman zero calorie sahaja. Tidak boleh makan dan minum yang lain.

3. Selebihnya 8 jam eating window (EW), boleh makan, makan 3 ke 4 kali mengikut portion.

4. Setiap satu meal, mesti ada 1 portion karbo (1k) , dan 1 portion protein (1p), dan tambah sayur kalau mahu. Sekiranya dalam satu satu meal, terlebih atau terkurang portion karbo dan protein, korang boleh adjust, sama ada tambah atau kurangkan karbo atau protein itu, semasa meal seterusnya atau pada bila bila masa dalam EW. Setiap hari anda akan makan 3p dan 3k secara keseluruhannya, secara umumnya.

5. 1 Portion ialah luas, dan tebal tapak tangan korang, tanpa ambil kira jari.

6. Timing iaitu EWFW, korang cuba tetapkan setiap hari, waktu yang sama setiap hari dan sekiranya terpaksa tidak mengikut timing, pastikan mengikut, portion dan bilangan meal kebiasaan semasa buat EWFW.

7. TIPS... Setiap kali makan 1p 1k tu, pastikan PROTEIN SAMA BESAR ATAU BANYAK SIKIT DARI KARBO. Ini nak memastikan protein diambil secukupnya, dan karbo tak lebih. Secara asasnya, kedua2nya bersaiz 1 potion iaitu LUAS DAN TEBAL TAPAK TANGAN ANDA TANPA JARI.



No comments:

Post a Comment

KARBO MODEN ? APA TU ?

MASALAH KARBO MODEN Assalamualaikum. Sihat semua? Ok kali ni, saya nak kongsi tentang masalah karbo moden. Apa masalahnya? Masalahnya i...