Friday, May 18, 2018

MAKANAN BAIK VS MAKANAN TAK BAIK

JENIS MAKANAN YANG BAIK DAN TAK BAIK UNTUK DI MAKAN DI SEPANJANG HIDUP KITA


Ok tanpa membuang masa, kita masuk ke tips seterusnya. Are you ready ???

Punca utama kita gemuk ialah banyak kita makan makanan proses, bila karbo natural diproses kilang, mineral, vitamin, serat dibuang darinya, menyebabkan ia menjadi menjadi karbo yang diproses, yang tiada nutrient, hanya tenaga semata mata .


 
Contohnya buah, dibuang serat menjadi jus. Bila tiada serat, sebiji buah mangga akan kenyangkan kita kerana kita makan bersama seratnya....Tapi bila dibuang serat, sebiji buah mangga mungkin hanya menghasilkan suku gelas... Jadi adakah kita akan kenyang makan suku gelas jus? Kita mesti nak makan segelas, baru puas kan? Betul tak ?

Kalau suku gelas ialah 1 biji mangga nilai tenaganya, jadi segelas jus tenaganya mungkin bernilai 4 biji mangga ... nampak tak ? kita akan makan banyak tenaga, jika makanan di proses.

Itu kalau kilang cuma keluarkan jus yang natural dari buah. Macam mana pulak kalau diubah menjadi kordial? Jus concentrate? Ditambah gula tambahan dalam bentuk HFCS (nanti saya cerita lagi bab hfcs ni)? Ditambah banyak lagi bahan bahan lain yang kita tak tahu tahap bahayanya?




Bukan sahaja kita berisiko makan banyak dari sepatutnya, malah badan boleh rosak kerana kemungkinan makan bahan bahan tambahan yang membahayakan badan.

Macam tu lah jugak dengan gandum yang diproses menjadi tepung, beras dibuang serat jadi beras putih, tebu diproses menjadi gula ringkas, susu diproses menjadi susu rendah lemak....

Jom saya kongsi mengenai makanan proses yang rendah lemak. Apabila rendah lemak maka makanan akan jadi tak sedap dan kilang selalunya akan menambah gula untuk menyedapkannya lagi. Banyak makanan diproses dibuang lemak natural akan ditambah gula. Contohnya yogurt low fat berperisa 😉



Lemak natural yang berada dalam makanan yang natural (belum diproses dan bukan dihasilkan di kilang) bila dimakan secara sempurna, tanpa dibuang lemak dari daging, tanpa dibuang lemak dari susu, sebenarnya melengkapkan makanan itu untuk dimakan manusia . Allah Maha Bijaksana.

Kenapa? Lemak natural sebenarnya menstabilkan tahap insulin. Hormon yang bertindak memberi signal kepada sel sel badan untuk terima gula masuk ke dalam sel-sel badan manusia.

Bila tahap insulin semasa menerima makanan lebih stabil, badan manusia sempat menggunakan tenaga yang sedia ada dalam sel , memberi ruang baru untuk gula yang baru di makan masuk ke dalam sel yang kurang tenaga tu.

Apa jadi kalau kita makan makanan berproses, yang dibuang lemak, dibuang serat darinya? Insulin akan melambung tinggi,  makanan akan cepat diproses menjadi tenaga gula dengan pantas dan banyak kerana dibuang serat dan lemak di dalamnya.



Cuba korang bayangkan ~ ~ ~

Korang mengisi satu cawan dengan air kopi, agak agak nak penuh, dah ada orang ambil dan minum, lepas tu cawan kosong balik, korang boleh isi lagi. Tapi, kalau korang isi cawan itu tanpa menunggu orang ambil minum kopi yang agak agak penuh tu, cepat-cepat korang isi lagi sampai penuh, orang masih tak sempat nak ambil cawan dan minum, dan korang terus isi, sampai melimpah ke keluar dan terus isi, sampai basah lantai dan terus isi, dan isi, dan isi....

Apa jadi?

Cawan = sel badan
Orang minum air kopi = tenaga digunakan
Kopi = tenaga gula
Air kopi melimpah = tenaga lebihan yang tak sempat masuk sel, insulin akan bawa tenaga ni untuk di simpan sel lemak.



Kesimpulannya?

Kerap makan makanan berproses (yang selalunya cepat diproses badan) akan menyebabkan kegemukan.

Ok setakat ni sahaja saya kongsikan. Semoga korang lebih bijak dalam memilih makanan.

Seterusnya nanti saya akan masuk bab daging proses dan kemudian HFCS

Secara asasnya pemilihan makanan jenis makanan ialah bebas tapi kadang kala kita terpaksa makan makanan tak sihat, makan je, tapi ikut portion yang saya telah kongsikan.

Tapi kalau setiap hari korang suka pilih makanan proses, saya taknak komen apa2 dan tak paksa korang untuk pilih makanan yang lebih sihat. Semuanya bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing dan setakat mana korang betul2 nak capai matlamat kurus dan kurangkan berat badan 😉 nanti kita sambung lagi ok ? InsyaALLAH.

Gerak lu... Assalamualaikum !




No comments:

Post a Comment

KARBO MODEN ? APA TU ?

MASALAH KARBO MODEN Assalamualaikum. Sihat semua? Ok kali ni, saya nak kongsi tentang masalah karbo moden. Apa masalahnya? Masalahnya i...