Masa mula-mula saya join program kuruskan badan ni kan, tertanya-tanya jugak, nak makan apa ye? Mesti resepi yang coach bagi yang kena rebus atau bakar2 je. Sebenarnya tak pun sebab coach saya kata resepi bebas. Resepi atau citarasa ialah mengikut kesukaan diri masing-masing. Boleh je kalau nak masak sendiri ataupun beli makanan di luar.
Kalau lauk iaitu protein tu berkuah manis atau berminyak ambil kuahnya ala kadar je. Contoh kuah sambal, masak kicap, sos dan sebagainya. Ambil ala kadar, maksudnya di sini, proteinnya ikut portion, tetapi kuahnya sedikit sebab terdapat gula dalam kuah (kalau beli diluar)
Contoh meal:
Karbo + protein
Kuih + ayam goreng atau apa2 je resepi
Laksa + telur 2 ke 4 biji
Roti + sardin/telur 2 ke 4 biji
Biskut + scramble eggs 2 ke 4 biji
Nasi + ayam/daging/ikan masak kicap/sambal/kicap/apa2 je resepi
Kentang dalam sup + ayam/daging dalam sup
Buah + ayam/daging/ikan/telur apa2 je resepi
Air manis + ayam/daging/ikan/telur apa2 ke resepi
Ok seterusnya kita pergi pulak kat topik MINUMAN.
MINUMAN
Bila cakap pasal minuman mesti kita fikir "Alamak... Ni mesti kena minum air herba ni. Dah la pahit.". Takut tak ? Takut tak ? Sebenarnya minuman yang digalakkan ialah AIR MINERAL.
Kalau korang nak minum air manis seperti teh tarik, sirap, milo, teh ais, air kotak, air tin, maka anggap sebagai 1 portion karbo anda untuk segelas . Jadi korang dah tak perlu makan karbo lain tapi saya nak ingatkan yang AIR MANIS ni ialah karbo yang PALING TINDAK MENGENYANGKAN ! Terkejut kan ?
2 sudu gula bersamaan dengan lebih setengah mangkuk nasi tau. TAKE NOTED. Jadi kita boleh anggap air yang ditambah gula atau susu pekat sebanyak 2 sudu sebagai 1 portion karbo (1k)
Kalau korang nak minum air manis cuma perlu menambah 1 portion protein dan 1/2 portion karbo lain dalam satu meal, jika air itu hanya dicampur 1 sudu gula atau susu pekat.
Sumber : Dhaka Teh Ais
Macam sedap kan Dhaka Teh Ais tu kan? Memang sedap pun siap keluar Malaysia Hari Ini (MHI) lagi. Masa tengok tu perghh serious terliur. Ok nak share sikit pasal Dhaka Teh Ais ni special tau sebab teh ni diorang import dari Bangladesh. Teh ni diorang rebus selama 2 jam lepas tu rebus dengan susu pekat pulak selama 1 jam. Unik kan ? Rasa pun unik. Nanti korang cuba ok ? Ok sambung balik... Huargh3!! Membebel pulak tetiba. Korang boleh minum 1 gelas air ni, selepas meal.
Minum bila dahaga, dan bila lapar jika bukan pada waktu meal. Faham ?
Kekerapan makan pulak macam mana ? Ok jom kita tengok satu-satu.
KEKERAPAN MAKAN
Bagi yang baru nak start, korang mula dengan makan 3 meal sehari. Bagi yang kuat bersukan, korang boleh makan sehingga 5 kali sehari . Kalau korang sempat makan 2 meal dalam satu hari, DOUBLE kan portion Karbo dan Proteinnya pada meal yang pertama atau kedua, Ini bermakna, korang tetap mendapatkan kuantiti makan 3 kali meal sehari, walau anda hanya makan 2 kali. Faham ?
3 portion karbo + 3 portion protein jika ditambah semuanya
Kalau sebelum ni korang memang hanya makan 2 kali sehari je sebelum mula diet dan gabungan 2 kali sehari makan itu kurang dari sukatan mengikut portion yang saya share ini, senang je. Bagi memudahkan korang, setiap kali makan 1P 1K itu, pastikan saiz protein sama banyak atau sama besar dengan saiz karbo, atau lebih sikit tak apa. Protein lebih sikit dari portion tak apa, karbo pula jangan lebih.
No comments:
Post a Comment