SABAR DALAM MELAKSANAKAN SISTEM
Assalamualaikum korang !!! Huargh3!!! uih.. tak tau lah kenapa suka sangat sekarang ni. Rasa macam berbunga-bunga je hati ni. Ok kita sambung topik seterusnya...
Setengah orang turun 5 kg atau lebih dalam seminggu, ada orang 3kg, ada orang 1kg, ada yang 500 gram, ada yang tiada perubahan langsung, tapi bila ukurlilit inci, ada pengurangan inci. Ada turun 3 inci, ada turun 2 inci, dan ada juga yang tak ada penurunan langsung. Kenapa lain orang lain progress penurunannya?
Sebab banyak faktor mempengaruhi, seperti:
1. Tahap obesiti, dan durasi dalam keadaan obesiti. Makin obes, penurunan makin banyak, tapi makin lama dalam keadaan obes, contohnya sejak kecil, makin perlahan pula perogress penurunannya.
2. Orang lelaki makin cepat progressnya berbanding orang perempuan.
3. Orang muda makin cepat progressnya berbanding orang lebih berusia.
4. Orang yang berdisiplin mengamalkan sistem mudah ini, akan lebih cepat progressnya.
5. Orang yang rajin beraktiviti fizikal makin cepat progressnya.
6. Orang yang memilih makanan natural, berbanding yang diproses kilang, lebih cepat progressnya..
7. Yang sentiasa lebihkan protein sedikit, atau sekurang kurangnya protein sama banyak dengan karbo, dan karbo tidak lebih portion, lebih cepat progressnya...
8. Makin lama buat FW, 16 ke 20 jam, sekali sekala buat 24, makin cepat progressnya....
Dan banyaaaaak lagi faktor yang lain
Selain itu juga perlu sabar, bagi masa badan korang untuk adapt dengan sistem kurus sihat ni...
Ambil masa 2 ke 3 minggu untuk badan korang mula guna lemak sebagai tenaga dengan efektif untuk hormon pemakanan korang stabil dan ikut timing korang.
Lepas 2 ke 3 minggu, insyaAllah craving akan hilang, korang akan cepat kenyang, akan nampak kesan yang ketara, dari segi fizikal dan kesihatan badan dan badan korang akan lebih bertenaga.
Ok lah. Nanti kita sembang2 lagi ok. Gerak lu...! Chau..!!
No comments:
Post a Comment